belog bawru~ngeee~
blog baru~
citer baru~
kisah baru~
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
~Renungkan~
♥ Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~~(Hamka).
♥ Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.~~( Aristotle )
♥ Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
~~( Aristotle ).
♥ Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.~~( Budiman ).
♥ Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.~~( (Hamka).
♥ Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.~~( Hamka ).
♥ Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.~~(Hamka).
♥ Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ~~
( Imam Al-Ghazali).
♥ Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.~~( Hamka).
♥ Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.~~( Hamka).
♥ Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.~~( Hamka ).
♥ Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.~~
( Hamka)
♥ Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.~~(Hamka).
♥ Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.~~( Maksud hadis )
No comments:
Post a Comment