akU HAnyA seORAng
♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥ ♥♥♥ ♥

I made this widget at MyFlashFetish.com.

♥ ♥♥ hb cayang ♥ ♥♥

Daisypath Happy Birthday tickers

di sini klik!

Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

ISI hati lelaki~

salam pembuka bicara....

ha ni mngenai isi hati laki...

waa mebi btol mebi kbetulan...tapi untuk ape yang terjadi pada aku....aku rase sah2 betol kot...
benda alah ni aku copy dari notes orang kat fb....nak kongsila ngn korang...hu2... incik azmir ishak...
saya copy ni dari notes kamu...tq...

korang bc la sendiri..kot2 ada mngena ngn korang...so korang daH xperlu nk penim2 untuk pk orang yang dah xsuker kiterkan...tapi ape2 pon ikut kata hati...and jgn lak xleh terima kenyataan...


*********************************************************************************************************************


Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?

True enough many man, makes women became 3 things... confused, confused and yes confused! Hehehe... well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…

The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

Isi hati lelaki  – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple!  Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, -minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! )

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!”   Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically...
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu. IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! 

*********************************************************************************************



p/s ::: untuk kisah aku ni...kira...aku da ikt kata ati...aku terima la kenyataan lepas baca notes ni...wakakka...""klu ada jodoh...ada la...tu semua ketentuan ilahi""

Friday, February 25, 2011

okeh! done!!!!

salam pembuka bicara....

akhirnyer...siap jugak note project management aku....

3 helai sume2.....hmm penat+ stress pon ada...sedey pon ada...huk2....(t la study g las minit)

ni br siap note...xbace g....hmm tggu smyg subuh lu....t baca n tido jap....kol9 bangun exam....

xtahula nape rase cuak sangat....time exAM design + structure ari t xde la cuak gni....

mebi hmm no kumenla....(????????_) wakakakaka~

okehla! kat bawah ni notes2 aku...xclear ngat....amik ngn webcam...phone ksayangan usak!huk3....time2 ni la plak phone ayang ni nk usak...uwaaaa~



notes~


notes2~~


notes3~

wakakakakkaka

okeh.....arap2 xde la aku kucewa mcm time jwb design...xnak sangat...huk2....

tata...nak semayang n teruskan perjuangan...kikiki...

wsalam.................



saya geram!!!!saya sedehhh!!!saye tensenn!!!!saya takot!!!!!

salam pembuka bicara~~~~

hari ni:: 25 feb 2011

jam:: 9 pagi......saya ada exam!!!!sekarang suda pkul 2..baru saye start study....saya dah la xtahu ape2  lg sal project managemnet ni!!!!mampu ke saya nk jawab esokkkkk!!!!!mmg salah saye sebab study lambat!!!!tapi klu iktkan saya boleh start study 2jam lbih awal!!!!!tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii(sebab meting)    saya terpaksa start jam 2lebih!!!!

saya gerammmmmmmmmmmmmm!!!!!

saye sedehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

saye takottttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!

saya tensen!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dengan sikap saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!

okeh!
sekiannnnn~

Wednesday, February 23, 2011

cinta v/s kucewa



salam pembuka bicara....
ni aku ada la terbaca notes orang kat FB...erm mebi bto jgk ape y dia ckp...korang bc la....


***********************************************************

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.




2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.




3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.




4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.




5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.




6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.




7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.




8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.




9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.




10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.




11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.




12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.




13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.




14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.




15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’




16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.




17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.




18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.




19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.




20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.




21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.




22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.




23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta 



credit:: incik fauziE ishak

Tuesday, February 22, 2011

sedeh!sedeh!sedeh!sedehh sangat!huk2~

aku rase sedehhhhhhhhhhhhhhh

kucewaaaaa

hilang semangatttttttttt

uwaaaaaaaaaaaaaaaa

nk nanessssssssssssssss

tapi xbolehhhhhhhhhhhhh

uwaaaaaaaaaaaaaaaa

exammmmmmmm!exammmmmm~~~~

sedehhhhhhh~huuuuuuuu

oke sekiannnnn~

Tuesday, February 15, 2011

S.E.L.A.M.A.T m.e.n.y.a.m.b.u.t. MAULIDUR RASUL......

SALAM PEMBUKA BICARA


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّمْ


salam...hari ni 15/02/2011....sambutan hari maulidur rasul...
aku xde wat ape2 aktiviti pon...xde kuar g ne2 pon...cuma tadi kol 9.00am...pegi cek blok ngn ila...untuk cek ttg kslmtn kebakaran...hmm alhmdllh...sume nyer dalam keadaan baik...petang ni lak janji ngn cici n didie tok pegi balai cerap...fatin + bihah pon macam nak ikt...
syok jugak kot...da 1 sem dok cni..bali cerap pon xpnah sampai...macam menarik jer pic y uncle zarin tu tag...korang nk tgk?jappp erk...


Pemandangan terindah di UTM... ni la Balai cerapan UTM,cantek sangat-sangat... terutama waktu malam... (dorangla yang cakap..sebab aku belum pnah samapai lagi...petang ni insyllh...)di syorkan if nak pegi...kena pegi ramai2..ak pon xtahu knp..mebi bahaya kot...dorangla yang cakap...sbb ak blm pnah sampai...t la klu ak sempat pegi petang ni...insyllh ak upload pic time ktorg kat sane...he3...

pic::credit:: pakcik zarin... 


ok la...mari kiter kongsi sedikit sebanyak ttg maulidur rasul ni...hari kelahiran nabi muhammad saw... 


sejarah maulidur rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah” Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T. akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Hukum Sambutan Maulidur Rasul 

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.


RABIULAWAL

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. 

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. 

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. 

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. 

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
 
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. 


Fadhilat Bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah. Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.......


آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

it's me~

it's me~

link with hasmy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About nur hajidah anak ma + abah

My photo
kota bharu, Malaysia
{sIMple + bIAsa = nurHasMY} {ste@dy + h0rEY2 = GD@h} {bluRR + ShyYY+ hehehe= id@} {kuci2 kanan...kuci2 kiri} ♥ @chik + t0mey + p@s@n uhukzzzzzzzzz♥ ♥ 1+ 4= 5 org, 4-1+2-3 = ke2 ♥ ♥ chik = m@ + @b@h (cayunk) ♥ ~~~nuR~~~A.K.A~~~k.chik~~~ ~~~16 november 19**~~~ ~~~anak ke-2 dr 5 puteri ma + abah~~~ ~~~****~~~ * Berpikiran keHAdApan~~~ * Berhati-hati dan waspada* ~~~Penuh rahsia~~~ ~~~* Selalu ingin tahu~~~ ~~~Tahu cara menggali rahsia~~~ ~~~* Selalu berpikir POSITIF~~~ ~~~Tidak terlalu cerewat~~~ ~~ramah~~ ~~~ Berani dan murah hati~~~ ~~~* Sabar ~~* Keras kepala dan keras hati~~ ~~~* Jika ada kemaHuan, maka ada jalan* ~~* Tidak mudah goyah*~~ ~~* Jarang marah, kecuali jika sengaja di***~~ ~~* SUKA MENYendiri *~~ ~~* Selalu berpikir berbeZa dengan orang lain*~~ ~~* Berpikiran tajam*~~ ~~* Mampu memotivasi diri sendiri*~~ ~~* Tidak terlalu peduli dengan pujiaN~* ~~* Bersemangat *~~

3~3~3

3~3~3

~Renungkan~


♥ Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.~~(Hamka).

♥ Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.~~( Aristotle )

♥ Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
~~( Aristotle ).

♥ Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.~~( Budiman ).

♥ Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.~~( (Hamka).

♥ Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.~~( Hamka ).

♥ Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.~~(Hamka).

♥ Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ~~
( Imam Al-Ghazali).

♥ Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.~~( Hamka).

♥ Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.~~( Hamka).

♥ Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.~~( Hamka ).

♥ Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.~~

( Hamka)

♥ Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.~~(Hamka).

♥ Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.~~( Maksud hadis )

♥♥♥ afiqah nasuha ♥♥♥ alya nisreen ♥♥♥

my cousins~

♥ ♥♥ hepi beday kepada kchik ♥ ♥♥

Daisypath Happy Birthday tickers